Pasar tani khas di Pontian sedia 28 ekor lembu dan 3,000 ayam - Utusan Malaysia

Pasar tani khas di Pontian sedia 28 ekor lembu dan 3,000 ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sebanyak 28 ekor lembu dan 3,000 ekor ayam akan disediakan bagi kemudahan orang ramai membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri melalui jualan Pasar Tani di Stadium Mini Pontian, di sini.

Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Pontian, Arbain Awang berkata, pasar tani khas itu akan diadakan pada esok dan Rabu bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya, bilangan lembu dan ayam tersebut hanya anggaran sahaja dan berkemungkinan ia akan ditambah mengikut kepada permintaan pada hari pertama jualan.

“Sebagaimana Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), daging lembu biasa akan dijual dengan harga RM34 sekilogram, daging pejal antara RM36 hingga RM37 dan tulang RM32 sekilogram.

“Manakala ayam akan dijual dengan harga RM7.90 sekilogram sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Arbain, selain menjual daging lembu dan ayam, pasar tani khas ini juga turut menjual pelbagai jenis sayur-sayuran, barangan runcit, ikan, kuih-muih, buah-buahan dan pelbagai barangan lain.

Katanya, bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pihaknya dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengawal kehadiran pelanggan yang datang.

“Sebelum masuk, pelanggan diminta mengambil suhu badan menggunakan MySejahtera atau alat pengukur suhu, mendaftar nama serta memakai pelitup muka seperti ditetapkan.

“Kami meminta orang ramai patuh kepada arahan tersebut dan mereka yang merasakan dirinya bergejala diharap tidak datang ke pasar tani bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya