Nilai bawah Negeri Sembilan, polis siasat kenyataan Facebook N9 Radar - Utusan Malaysia

Nilai bawah Negeri Sembilan, polis siasat kenyataan Facebook N9 Radar

HANTARAN akaun Facebook N9 Radar yang memaparkan gambar berserta mesej 'Nilai 3 terletak di Negeri Selangor' yang didakwa boleh menimbulkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Pemilik akaun Facebook N9 Radar dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kenyataan itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak polis menegaskan Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di dalam Selangor.

Ketua Polis Daerah Nilai, SuperiNtenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, sehubungan itu polis turut memulakan satu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook N9 Radar yang boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang awam.

“Pihak polis menegaskan Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak dalam Selangor.

“Pemilik akaun Facebook N9 Radar dikehendaki hadir ke IPD Nilai untuk memberi keterangan (berhubung kenyataan dalam Facebooknya),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohd. Fazley, siasatan terhadap kenyataan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkajan perkhidmatan.

Pemilik akaun Facebook N9 Radar itu didapati membuat hantaran yang memaparkan satu gambar dengan mesej ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor Darul Ehsan’.

Hari ini tular di media sosial apabila netizen mendakwa kononnya Nilai 3 berada di bawah negeri Selangor dan bukan di bawah pentadbiran Negeri Sembilan.

Ia menjadi bahan sindiran untuk mempersoalkan tindakan selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor yang merentas daerah ke Nilai 3 pada 2 Mei lalu tetapi tidak dikenakan tindakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya