MRC sumbang RM20 juta kepada Nadma - Utusan Malaysia

MRC sumbang RM20 juta kepada Nadma

NURUL ISLAM (kanan) memegang cek replika bersama Aminuddin Hassim (kiri) sambil disaksikan Mohd. Khairuddin Aman Razali (dua dari kanan) dan Mohd. Redzuan Yusof di Putrajaya hari ini. - Ihsan MRC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Getah Malaysia (MRC) buat julung kali menyumbang RM20 juta kepada Tabung Covid-19 yang dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, pihaknya komited untuk bersama dalam usaha kerajaan memulihkan ekonomi dan rakyat terjejas ekoran pandemik itu.

“Susulan prestasi cemerlang ditunjukkan industri getah tempatan tahun lalu, terutama sektor sarung tangan getah, MRC tampil membantu kerajaan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

MRC ujarnya merupakan agensi bertanggungjawab di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang sebelum ini dikenali Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia.

Ia diperbadankan pada 14 April 2000 sebagai syarikat bhd. kementerian berkenaan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan turut mempunyai pejabat cawangan di pelbagai negara.

Cek replika MRC diserahkan Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof.

Acara ringkas berkenaan turut disaksikan Nurul Islam dan Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr. Aminuddin Hassim di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) di sini.

Nadma dalam pada itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MRC serta turut berterima kasih atas keprihatinan majlis tersebut untuk menjayakan Tabung Covid-19.

“Kami mengharapkan jaringan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat kepada semua rakyat Malaysia untuk memerangi wabak itu,” kata Aminuddin.

Tabung Covid-19 dilancarkan Perdana Menteri pada 11 Mac 202 untuk memberikan pelbagai bentuk bantuan kewangan kepada rakyat yang terkesan teruk akibat pandemik berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya