Mayat bayi perempuan ditemukan hampir reput - Utusan Malaysia

Mayat bayi perempuan ditemukan hampir reput

MAYAT bayi perempuan yang ditemukan orang awam ditinggalkan di dalam kotak plastik di belakang sebuah premis di Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dengan keadaannya hampir reput dalam kotak plastik di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kluang di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 6.40 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah ditinggalkan lebih 24 jam berdasarkan keadaannya yang mula mereput.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan terdapat seseorang dipercayai lelaki telah meletakkan kotak tersebut pada 27 April lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

RAKAMAN CCTV merakamkan tindakan seseorang dipercayai lelaki meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu di belakang sebuah premis di Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor.

Menurut Ismail, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi mengetahui punca kematian mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit. Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kita mohon kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan diminta melaporkannya kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-436 3300,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN