MADACorp kesan benih padi palsu - Utusan Malaysia

MADACorp kesan benih padi palsu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Syarikat Perniagaan Peladang Mada Sdn. Bhd. (MADACorp) mengesan pemalsuan benih padi menggunakan label syarikat berkenaan disyaki untuk mengelirukan pesawah di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MADACorp, Mohamad Anuar Pir Mohamad berkata, ia rentetan hasil serbuan pasukan pegawai penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kedah di sebuah premis perniagaan di Jalan Sanglang dekat Jitra di sini pada 28 April lepas.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa menjumpai sebanyak 76 kampit (pelbagai jenama) benih padi dan daripada jumlah tersebut iaitu empat kampit menggunakan label keluaran MADACorp.

“Hasil daripada siasatan pihak MADACorp, mengesyaki benih padi tersebut merupakan benih padi palsu. Butiran cetakan di tag biru (kod kawalan) yang dikepilkan adalah palsu dan kesahihan isi kandungan beg tersebut juga diragui.

“Ini kerana nombor siri pada tag biru benih padi palsu yang dirampas itu menggunakan nombor siri yang tidak diperuntukkan kepada MADACorp untuk 2021,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu katanya, para petani dinasihatkan untuk berhati-hati apabila hendak membeli benih padi bagi penanaman musim ini.

Katanya, satu laporan polis dibuat oleh syarikat itu di Balai Polis Kota Setar di sini semalam berkaitan perkara tersebut dan tindakan undang-udang akan diambil oleh pihak syarikat terhadap pemilik premis berkaitan.

“Perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan ke atas permintaan tinggi benih padi yang berkualiti keluaran syarikat.

“Mulai 2021, benih padi sah hanya dibekalkan kepada NAFAS (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) untuk edaran kepada petani melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sahaja.

“Tiada urus niaga jualan benih padi secara terus dilakukan selain daripada NAFAS, “ katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya