Lelaki bawa pisau ditahan cetus kekecohan dalam masjid - Utusan Malaysia

Lelaki bawa pisau ditahan cetus kekecohan dalam masjid

SEORANG lelaki yang membawa sebilah pisau ditahan polis selepas melakukan kekecohan di dalam sebuah masjid di Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati membawa sebilah pisau ke dalam masjid di Taman Tun Sardon, Gelugor, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan yang mendakwa lelaki itu mengganggu jemaah kira-kira pukul 8 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek membawa sebilah pisau yang diletakkan di dalam sebuah beg.

“Semakan lanjut turut mendapati dia mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Soffian berkata, kejadian berkenaan tular di dalam media sosial apabila video yang memaparkan anggota polis sedang menahan suspek berusia 35 tahun dimuat naik pengguna sejak semalam.

“Terdapat dakwaan di media sosial kononnya pihak polis membuat tangkapan itu kerana kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Namun, berita yang tular itu adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari sehingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sementara itu, video kejadian itu yang tular memaparkan anggota polis menahan seorang lelaki berbaju Melayu berwarna hijau yang sedang duduk di dalam masjid.

Satu video lain yang turut tular dipercayai kejadian sama memaparkan suspek meninggikan suara seperti memarahi orang lain di kawasan ruangan solat di masjid berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya