fbpx

23 September 2021, 4:44 pm

  TERKINI

KPT, UPM santuni pelajar kekal di kampus sempena Aidilfitri

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi dan Universiti Putra Malaysia menyantuni pelajar yang tidak pulang ke kampung dan menyambut Aidilfitri di kampus UPM di Serdang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 808 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kampus Serdang dan 356 pelajar di Kampus Bintulu, Sarawak menikmati Aidilfitri secara sederhana dengan jamuan hari raya disediakan pengurusan universiti.

Timbalan Naib Canselor (Akamdeik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. M. Iqbal Saripan berkata, pemberian juadah tersebut dilakukan secara kebiasaan baharu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan seperti mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

“Agihan juadah ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar yang memilih untuk tinggal di kampus masing-masing sempena hari raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Turut bersama dalam pengagihan itu iaitu Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof. Datuk Dr. Husaini Omar.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu berkata, selain agihan juadah hari raya, penuntut universiti juga diberikan makanan tengahari dan petang raya pertama manakala Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam, Hospital Pengajar UPM dan Fakulti akan menyumbangkan juadah sama pada hari kedua.

“Suasana hari raya juga dihidupkan dengan setiap kediaman dipasangkan lampu pelita bagi membangkitkan kemeriahan hari raya walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketiga.

“Ini juga sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan pelajar atau kakitangan universiti berhari raya di kampung halaman,” katanya.

Sementara itu, penuntut tahun ketiga jurusan Ijazah Sarjana Sains Teknologi Kayu, Haslinda Tahir berkata, dia menzahirkan rasa syukur terhadap keprihatinan universiti menyantuni pelajar yang tidak pulang ke rumah masing-masing.

“Keprihatinan yang ditunjukkan ini menghilangkan rasa pedih tidak dapat berhari raya bersama keluarga,” katanya.

Bagi penuntut Sarjna Sains Biokimia, Maisarah Mohamed Zakaria turut berterima kasih dengan KPT dan UPM dalam menjaga kebajikan pelajar yang kekal berada di kmapus termasuklah mereka yang pulang ke kampung halaman.

“Dengan kehadiran pihak kementerian dan pengurusan tertinggi universiti menjenguk adalah satu rahmat sambutan hari raya dalam norma baharu ekoran wabak Covid-19,” katanya.

Penuntut Ijazah Sarjana Pendidikan Jasmani, Muhammad Ridzuan Roslan pula berkata: “Saya rasa keputusan untuk kekal di kampus adalah keputusan tepat kerana pengalaman ini memberikan pengajaran dan menginsafi betapa berharganya waktu bersama dengan keluarga dan saya lebih yakin dan berdikari.”

POPULAR

KOSMO! TERKINI