Kematian cikgu Nurul Naim belum disahkan akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Kematian cikgu Nurul Naim belum disahkan akibat Covid-19

TANGKAP Layar perbualan WhatsApp yang tular sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Punca kematian seorang guru wanita yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Methodist 2 di sini masih belum disahkan akibat Covid-19, tidak seperti dakwaan yang tular sejak semalam di media sosial.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kes berkenaan kini dalam siasatan Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti sebab sebenar kematian.

Katanya, oleh itu, orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi melangkaui maklumat sahih daripada pihak berwajib demi mengelakkan timbul suasana cemas dalam kalangan masyarakat.

“Saya belum dapat pengesahan. Kes masih dalam siasatan sebab kematian mangsa. Jika sudah pasti kerana Covid-19 baru Kementerian Kesihatan akan umum,” katanya ketika dihubungi.

Tular di media sosial berkenaan satu tangkap layar perbualan WhatsApp yang menyatakan guru tersebut, Nurul Naim Omar meninggal dunia disebabkan serangan Covid-19 varian baharu yang lebih berbahaya.

Allahyarhamah yang juga guru matematik di sekolah itu dikatakan telah pergi mendapatkan rawatan di hospital kerana demam pada pukul 9 pagi, namun menghembuskan nafas terakhir dua jam kemudian.

Dakwanya lagi, hasil ujian calitan juga menunjukkan mangsa didapati positif Covid-19 dan menghidapi sesak nafas ketika sedang melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya