Keluar beraya, RM12,000 kompaun hari pertama - Utusan Malaysia

Keluar beraya, RM12,000 kompaun hari pertama

NIK AB. HALIM NIKMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai lapan individu di negeri ini dikenakan kompaun berjumlah keseluruhan RM12,000 pada hari pertama perayaan Aidilfitri, semalam.

Pegawai Turus Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Deputi Superintendan Nik Ab. Halim Nikmat berkata, kesemua individu yang dikenakan kompaun berusia antara 20 hingga 46 tahun.

Katanya, kompaun dikeluarkan selepas Individu-individu terbabit didapati keluar rumah untuk beraya dan tiada penjarakan fizikal mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seramai lapan individu yang ingkar SOP telah dikenakan kompaun bernilai RM1,500 setiap seorang. Enam kompaun telah dikeluarkan di daerah Melaka Tengah, manakala dua lagi di Jasin.

“Setakat semalam, kita juga telah memeriksa sebanyak 1,021 buah rumah melibatkan ketiga-tiga daerah di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, pasukan pemantau juga melakukan pemeriksaan pematuhan SOP di 56 tanah perkuburan seluruh negeri ini.

“Pasukan peronda akan terus membuat pemantauan di kawasan-kawasan pedalaman di kampung.

“Sekiranya keadaan mencurigakan, pasukan polis akan membuat semakan lebih terperinci termasuk memeriksa dokumen bil api dan air untuk mengesan sekiranya ada individu yang telah merentas negeri,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN