Johor perhalusi cadangan laksana PKP menyeluruh - Utusan Malaysia

Johor perhalusi cadangan laksana PKP menyeluruh

TANGKAP layar laman Twitter Menteri Besar yang memaklumkan menerima cadangan DMJ untuk diperhalusi di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di negeri ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang meningkat ketika ini.

Cadangan berkenaan yang disuarakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Dewan Muda Johor (DMJ) menyeru kerajaan negeri mengambil pendekatan agresif berkenaan dalam melawan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dalam satu ciapan di laman Twitter miliknya memberitahu, dia akan memperhalusi cadangan tersebut.

“Saya terima surat syor dan akan perhalusi. Terima kasih,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, DMJ dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya mahu kerajaan negeri mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan PKP secara menyeluruh di negeri ini.

Menurut DMJ, langkah itu perlu untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 yang sedang meningkat di negeri ini.

“Sekiranya PKP menyeluruh dilaksanakan, kerajaan negeri perlu mengimbangi perkara itu dengan memberikan pakej bantuan khas kepada pihak terjejas.

“Bantuan tersebut seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan moratorium secara automatik untuk satu tempoh yang bersesuaian,” jelasnya.

Terdahulu, cadangan berkenaan telah dihantar ke Pejabat Menteri Besar Johor menerusi satu surat rasmi, semalam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya