PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menjadi PKP yang terakhir dan berjaya melandaikan graf penularan wabak Covid-19. Bercakap dengan Mingguan Malaysia, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Kelantan, Muhammad Nor Muhamad berkata, pihaknya memahami keperluan untuk melaksanakan PKP dan juga larangan menggesa merentas negeri. “Tetapi saya mahu kerajaan serius dalam usaha ini. Jika nak tutup, tutup semua dan pastikan kes turun seperti yang kita pernah lalui…










