Jakim lancar Pelan Antirasuah 2021-2025 - Utusan Malaysia

Jakim lancar Pelan Antirasuah 2021-2025

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri menunjukkan buku OACP Jakim selepas majlis pelancaran di Kompleks Islam Putrajaya. – GAMBAR IHSAN JAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 dalam usaha memperkasakan lagi integriti dan tadbir urusnya.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, OACP Jakim itu merupakan komitmen agensi ini dalam mendukung aspirasi dan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara dikenali kerana integriti bukan rasuah.

Ini jelasnya, selaras dasar dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 di bawah Objektif Strategik 2.1 iaitu merekayasa perkhidmatan awam ke arah tadbir urus yang baik.

“Pendekatan Maqasid Syariah juga digunakan untuk melaksanakan analisis persekitaran dan penilaian risiko seterusnya merangka inisiatif penambahbaikan dalam Jakim.

“Perancangan lima tahun digariskan OACP Jakim menzahirkan usaha pencegahan rasuah yang merangkumi aspek governans, integriti dan antipenyelewengan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Jakim.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya