Dua penunggang basikal elektrik maut langgar lori - Utusan Malaysia

Dua penunggang basikal elektrik maut langgar lori

DUA penunggang basikal elektrik maut selepas melanggar sisi kanan sebuah lori ketika melintasi persimpangan Jalan Sena di KM125, Jalan Melaka-Johor Bahru, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dua rakan maut selepas basikal jenis elektrik ditunggangg mereka melanggar sisi kanan sebuah lori di Kilometer 125 Jalan Johor Bahru-Melaka, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Ho Hee Kiong, 66, bersama rakannya yang belum dikenal pasti identiti maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan cedera bahagian dalaman badan.

Menurut beliau, dalam kejadian pukul 8.45 malam itu, kemalangan berlaku apabila kedua-dua mangsa yang keluar dari persimpangan dilaporkan telah melanggar bahagian sisi kanan sebuah lori yang berada di jalan utama dari arah Bandar Batu Pahat menuju ke Tanjong Laboh.

“Kedua-dua penunggang basikal ketika itu keluar dari simpang Jalan Sena untuk menghala ke Tanjong Laboh namun telah merempuh sebelah kanan bahagian lori yang berada di jalan utama.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa maut dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat. Pemandu lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Ismail berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan ketika kejadian, keadaan jalan lurus serta cuaca baik.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati terutamanya bagi penunggang basikal elektrik yang perlu mematuhi undang-undang di bawah Kaedah 42 LN 166/59.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya