Dia cerita semua baik, semua bagus - Bapa - Utusan Malaysia

Dia cerita semua baik, semua bagus – Bapa

KAMARUDDIN Yusof ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Melaka. - UTUSAN/HADI AB. MANAP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: “Dia cerita semua baik, semua bagus. Kesihatan dia pun bagus, lama sudah tidak berjumpa. Sebab tidak boleh keluar daerah, rentas negeri tidak boleh”.

Itu antara kata-kata terakhir Allahyarham Haziq Kamaruddin kepada bapanya, Kamaruddin Yusof, 58, melalui panggilan video ketika pagi 1 Syawal lalu.

Kamaruddin berkata, dia dan seisi keluarga mengakui terkejut dengan pemergian anak keduanya itu, memandangkan pemanah kebangsaan berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tidak sihat atau mengadu sakit kepada sesiapa.

Katanya, pemergian mengejut Haziq ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh ahli keluarganya berikutan sudah lama tidak dapat bersua muka akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujarnya, Allahyarham sememangnya seorang anak yang baik dan telah menunjukkan minat dengan sukan memanah sejak di sekolah rendah lagi.

“Raya pertama hari itu, dia (Haziq) ada buat panggilan video. Dia kata, dia sihat tidak ada apa-apa. Saya pun tak sangkalah boleh jadi macam ini, boleh jadi tiba-tiba macam itu.

“Walau apapun, saya ucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN), pihak polis dan Hospital Kajang, Selangor yang banyak membantu menguruskan jenazah sehingga dapat dikebumikan dengan selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat di sini, hari ini.

Jenazah Haziq selamat dikebumikan di kampung halaman isterinya kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di Surau At-Taqwa di kampung berkenaan yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat diawasi polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Jenazah Haziq, 28, dibedah siasat di Hospital Kajang, Selangor kira-kira pukul 9.30 malam semalam dan jenazahnya dimandikan serta dikafankan di sana.

Antara yang dilihat mengiringi jenazah ialah balu Allahyarham, Shahira Abdul Halim; Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan.

Haziq disahkan meninggal dunia secara mengejut pagi semalam di rumahnya di Kajang, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya