Dekati anak muda, elak rusuhan Batu Pahat berulang - Armada Bersatu - Utusan Malaysia

Dekati anak muda, elak rusuhan Batu Pahat berulang – Armada Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Raja, Muhammad Affendi Mohd. Dilif berpendapat  kerajaan perlu mendekati anak-anak muda bagi mengelakkan rusuhan di Parit Raja, Batu Pahat, kelmarin berulang pada masa akan datang.

Beliau berpendapat  perusuh tersebut sekadar dipergunakan demi kepentingan politik peribadi, namun mereka sanggup terlibat dengan rusuhan itu kerana mereka tidak didekati dengan sewajarnya.

Oleh sebab itu, Muhammad Affendi berpandangan insiden itu boleh dielakkan jika anak-anak muda itu mempunyai hala tuju yang betul.

MUHAMMAD AFFENDI

“Jadikan kejadian itu satu iktibar. Kerajaan perlu sentiasa mendekati anak-anak muda ini kerana mereka memerlukan pengisian jiwa dan pengetahuan yang betul supaya tidak ada pihak dengan mudah mempergunakan mereka.

“Jika setiap anak muda dalam negara ini diterapkan pengisian yang betul, saya yakin mereka tidak mudah terpengaruh atau terikut-ilkut dengan desakan atau hasutan politik pihak tidak bertanggungjawab. Malah, pengisian yang betul akan menjadikan anak-anak muda ini lebih bertanggungjawab terhadap negara,” katanya.

Katanya lagi, tanpa pengisian jiwa yang positif, anak-anak muda bukan sahaja mudah diperkotak-katikkan oleh kepentingan politik pihak tertentu, malah dipergunakan untuk tujuan mengugat ketenteraman awam.

“Lebih malang lagi, kejadian itu berlaku ketika perintah darurat masih berkuat kuasa. Bermakna anak-anak muda yang terbabit dalam insiden itu langsung tidak memahami apa itu perintah darurat,” katanya.

Sebab itu, Muhammad Affendi yakin ada dalang atau pihak tidak bertanggungjawab dengan mudah menghasut anak-anak muda untuk melakukan rusuhan.

Justeru, katanya, ilmu kerohanian sebagai pengisian jiwa untuk anak-anak muda amat penting, memandangkan undi 18 tahun dijangka akan berkuat kuasa dalam beberapa bulan lagi.

“Penting setiap anak muda di negara ini dibina, dibimbing serta diisi dengan pengetahuan yang betul kerana mereka bakal mewarisi negara ini.

“Jika kita terlepas pandang mengenai pentingnya pengisian jiwa melibatkan golongan anak-anak muda, akibatnya negara akan hancur,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.