Bunuh Che Janiah, pemandu lori didakwa - Utusan Malaysia

Bunuh Che Janiah, pemandu lori didakwa

BADRUL Hisham Mat Jusoh didakwa membunuh Che Janiah Jaafar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita berusia 55 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, dari Bukit Payung, Marang bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd. Aziz.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Che Janiah Jaafar di Kilometer 16, Jalan Kelantan, Kampung Padang Air di Tepoh, Kuala Nerus antara pukul 9.30 malam, 16 April hingga 7.15 malam, pada 17 April lalu.

Badrul Hisham didakwa mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 17 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan penemuan mayat rentung kecuali betis kanan oleh seorang pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kira-kira pukul 7.15 pagi.

Mayat berkenaan disahkan Che Janiah yang dilaporkan hilang sebelum ini, berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada Jumaat lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya