Bayi 11 bulan maut jatuh dari tingkat tiga - Utusan Malaysia

Bayi 11 bulan maut jatuh dari tingkat tiga

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malang tidak berbau. Itu nasib seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut selepas terjatuh dari tingkap dalam kejadian tingkat tiga Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jalan Putra dekat sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3 petang ketika bayi tersebut sedang bermain di atas katil bersama abang, kakak dan sepupunya bersebelahan tingkap dalam bilik di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 6 petang semalam berhubung kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati katil tersebut dirapatkan di bahagian tingkap untuk mengemas bilik tersebut sebelum kejadian.

Katanya, pemeriksaan mendapati tingkap di bilik berkenaan tidak mempunyai pagar dan katil diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan.

“Susulan itu, ibu mangsa membawa bayi tersebut ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. 

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya,  orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline

Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya