Azri pangku jawatan pengarah KDNKA, Abd. Rahim bersara wajib mulai esok - Utusan Malaysia

Azri pangku jawatan pengarah KDNKA, Abd. Rahim bersara wajib mulai esok

AZRI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Azri Ahmad akan memangku jawatan Pengarah JKDNKA mengantikan Datuk Seri Abd Rahim Jaafar akan bersara wajib esok.

Abd. Rahim yang berasal daripada Pekan, Pahang akan bersara mulai esok selepas 35 tahun menyumbang bakti dalam PDRM.

PDRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan mengenai perkara itu.

Abd Rahim yang dilahirkan pada 19 Mei 1961 di Pekan, Pahang mula menyertai PDRM sebagai Kadet Asisten Superintenden Polis (ASP) pada 2 Februari 1986.

Selepas tamat latihan Kadet ASP, pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia itu ditugaskan di Bahagian Kongsi Gelap, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan seterusnya sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas.

Selain itu, beliau menyandang beberapa lagi jawatan penting antaranya Timbalan Ketua JSJ Terengganu, Timbalan Ketua JSJ Kedah, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan Ketua Polis Kedah.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman pada 29 Januari 2019 dan mengambil alih jawatan Pengarah JKDNKA pada 9 September 2020.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.