Ahli keluarga lawat anggota polis di SJR tidak langgar SOP - Utusan Malaysia

Ahli keluarga lawat anggota polis di SJR tidak langgar SOP

MOHD FADZIL ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis menafikan terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhubung kunjungan ahli keluarga anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Persiaran Selatan-Hala Keluar ke Dengkil pada hari raya pertama lalu. 

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, anggota terlibat merupakan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya yang bertugas dan tinggal di Putrajaya bersama keluarga dan anaknya berumur 5, 10 tahun dan 11 tahun. 

Beliau berkata, kehadiran isteri dan anak anggota polis yang bertugas di lokasi SJR adalah bagi memberi sokongan moral kepada anggota berkenaan kerana bertugas di pagi raya di samping menyerahkan juadah hari raya. 

“Selepas selesai bersalaman keluarga anggota tersebut telah beredar pulang ke rumah. 

“Pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP PKP dilakukan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, IPD Putrajaya tidak berkompromi sekiranya wujud perlanggaran SOP PKP. 

“Kami juga  mengucapkan ribuan terima kasih di atas maklumat yang disalurkan kepada PDRM bagi memastikan pematuhan SOP dipatuhi. 

“Orang awam  juga dinasihati agar sentiasa merujuk kepada sumber sahih sebelum membuat perkongsian di media sosial,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya