6,493 kes positif; 643 kes ICU; 52,106 kes aktif - Utusan Malaysia

6,493 kes positif; 643 kes ICU; 52,106 kes aktif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih mengekalkan kes positif Covid-19 melebihi 6,000 iaitu 6,493 kes dengan Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,163 kes.

Sebanyak 4,508 kes sembuh direkodkan dan 50 kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 52,106 kes berbanding semalam, 50,171 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 643 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 363 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain Selangor yang merekodkan kes tertinggi, majoriti negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Kuala Lumpur, 641 kes; Sarawak, 612 kes; Kelantan, 467 kes; Kedah, 434 kes; Johor, 406 kes; Perak, 382 kes; Negeri Sembilan, 370 kes; Pulau Pinang, 302 kes; Melaka, 165 kes; Pahang, 161 kes; Sabah, 144 kes dan Terengganu, 139 kes.

“Bagi dua wilayah pula, ia merekodkan kes dua angka iaitu Labuan, 84 kes dan Putrajaya, 20 kes manakala Perlis, tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya