50,000 penjaja, peniaga kecil bakal ‘gulung tikar’ - Utusan Malaysia

50,000 penjaja, peniaga kecil bakal ‘gulung tikar’

Mara menyediakan beberapa insentif untuk peniaga yang mungkin terjejas dengan Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebahagian besar daripada 50,000 penjaja dan peniaga kecil di negeri ini kemungkinan akan ‘gulung tikar’ jika mereka tidak mendapat sebarang insentif selepas terjejas teruk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 12 Mei hingga 6 Jun depan.

Walaupun peniaga dibenarkan beroperasi, mereka mendakwa pendapatan menyusut lebih 80 peratus kerana pelanggan tidak dibenarkan makan dan minum di dalam kedai serta restoran kecuali dibungkus untuk dibawa pulang.

Menurut Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah, Baharudin Mohd. Ali, kebanyakan penjaja dan peniaga kecil itu juga tidak membuka perniagaan mereka kerana tidak mahu menanggung kerugian akibat ketia­daan pelanggan dalam tempoh PKP itu.

“Kebanyakan peniaga terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi apabila keuntungan harian tidak dapat menampung perniaagan mereka.

“Masa PKP 1.0 pendapatan memang menyusut dan disusuli pelaksanaan PKP 2.0, sekarang peniaga baru nak bangkit semula, namun terpaksa berhadapan dengan krisis PKP 3.0,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sehubungan itu, pihaknya merayu kerajaan mempertimbangkan insentif ekoran perniagaan mereka yang terjejas teruk susulan pelaksanaan PKP 3.0.

“Kalau ada sedikit bantuan, baguslah. Ini untuk menampung kehidupan kerana keba­nyakan penjaja dan peniaga kecil mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mereka tidak layak mendapat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) seperti orang lain.

“Mereka sebelum ini mendapat bantuan sebanyak RM1,000 pada Januari lepas untuk Geran Khas Prihatin (GKP) dan sekarang memang melopong sahaja, ditambah dengan tiada pelanggan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya