PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan jumlah kes positif baharu Covid-19 iaitu 2,881 kes berbanding semalam, 3,788 kes.
Bagaimanapun jumlah kes baharu itu terus mengatasi kes sembuh iaitu 2,462 kes.
Sebanyak 15 kematian dan 14 kluster direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 29,631 kes berbanding semalam, 29,227 kes manakala kelmarin, 28,093 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 337 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 176 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 759 kes diikuti Sarawak, 445 kes; Kelantan, 442 kes; Kuala Lumpur, 315 kes; Johor, 310 kes; Pulau Pinang, 133 kes; Kedah, 111 kes.
“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan, 89 kes; Sabah, 64 kes; Perak, 64 kes; Melaka 54 kes; Pahang, 47 kes; Terengganu, 42 kes manakala Labuan, tiga kes serta Putrajaya, tiga kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr. Noor Hisham berkata, 15 kes kematian melibatkan lima kes di Selangor, Kuala Lumpur (2), Sarawak (2), Pulau Pinang (2) manakala Sabah, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing satu kes.
“Kes melibatkan 10 lelaki dan lima wanita berusia antara 35 hingga 87 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.
“Antara penyakit yang dikesan iaitu strok, jantung, kencing manis, darah tinggi, obesiti, paru-paru dan buah pinggang kronik,” katanya.
Mengulas mengenai 14 kluster, beliau berkata, dua kluster keagamaan manakala kluster komuniti, kluster tempat kerja, dan kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, masing-masing empat kluster.
Empat kluster komuniti berkata, Kluster Sungai Nirai di Selangau, Sarawak, 41 kes; Kluster Umas di Kalabakan, Sabah, 34 kes serta Kluster Seri Jati melibatkan Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka, 12 kes dan Kluster Jalan Sepat melibatkan Larut, Matang dan Selama, Perak, 11 kes.
“Kluster tempat kerja merekodkan empat kluster iaitu Kluster Jalan Garuda melibatkan Johor Bahru dan Kulai, Johor, 15 kes; Kluster Jalan Sungai Sembilang di Kuala Selangor, Selangor, 14 kes serta Kluster Jalan Kilang Dua di Lahad Datu, Sabah. 11 kes dan Kluster Durin di Bau, Sarawak, lapan kes.
“Dua kluster keagamaan pula iaitu Kluster Sebatu di Jasin, Melaka, 27 kes dan Kluster Air Budi di Alor Gajah, Melaka, 15 kes,” katanya.
Tambahnya, empat kluster pendidikan iaitu Kluster Lestari Perdana Tujuh melibatkan Petaling dan Hulu Langat, Selangor, 86 kes; Kluster Saujana melibatkan Setiu dan Besut, Terengganu, 25 kes; Kluster Persiaran Sinaran Ilmu di Johor Bahru, Johor, lapan kes dan Kluster Long Jegan melibatkan Miri dan Beluru, Sarawak, 57 kes. – UTUSAN ONLINE
“Selain itu, sebanyak sembilan kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Sulaiman, Kluster Jalan Tanjung Kidurong, Kluster Rajang, Kluster Sinsingon, Kluster Jalan Merpati, Kluster Jalan Tanjung, Kluster Beringin, Kluster Jalan Bandar Sembilan, dan Kluster Jalan SC Satu,” katanya. – UTUSAN ONLINE