1,800 individu tidak ‘muncul’ untuk divaksin - Utusan Malaysia

1,800 individu tidak ‘muncul’ untuk divaksin

DR. ZAINI memeriksa mesin pemantauan tahap oksigen dalam darah yang ditempatkan di PKRC Gelanggang Seni, Kota Bharu yang akan beroperasi mulai Isnin. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kira-kira 1,800 penduduk Kelantan yang berdaftar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi fasa kedua, gagal hadir ke pusat vaksinasi ditetapkan untuk menerima suntikan tersebut.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, dalam fasa kedua PICK, seramai 9,000 individu terdiri daripada warga emas dan golongan berisiko di seluruh negeri ini disenaraikan sebagai penerima vaksin.

“Perkara ini boleh menyebabkan pembaziran kerana apabila beg vaksin ini sudah dibuka, kita tidak boleh menyimpannya semula. Kita terpaksa juga cari orang lain.

“Disebabkan ramai tidak hadir dalam fasa dua ini, fasa ketiga yang sepatutnya bermula bulan ini ditangguh dulu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Gelanggang Seni, di sini hari ini.

Dr. Zaini berkata, menerusi PICK fasa pertama dan kedua, kira-kira 50,000 individu meliputi petugas barisan hadapan, pemimpin negeri, warga emas dan golongan berisiko telah menerima suntikan dos pertama dan kedua. 

“Daripada hasil kajian, hanya dua peratus daripada 1.2 juta rakyat Kelantan menolak untuk divaksin menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai PKRC Gelanggang Seni, beliau berkata, PKRC ke-10 di negeri ini tersebut dilengkapi 30 katil klinikal serta 50 katil bertingkat dan ia dijadual beroperasi mulai petang esok (Isnin).

“Jika situasi Covid-19 di Kelantan bertambah teruk, PKRC Gelanggang Seni ini mungkin kita akan jadikan sebagai Hospital Medan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya