17 keluarga Kampung Batu Kapor beraya di pusat pemindahan sementara - Utusan Malaysia

17 keluarga Kampung Batu Kapor beraya di pusat pemindahan sementara

KEADAAN sebuah rumah yang dinaiki air sejak petang semalam di Kampung Batu Kapor, Mentakab di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi 59 orang penduduk daripada 17 keluarga di Kampung Batu Kapor, Mentakab di sini suram apabila terpaksa menyambutnya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air petang semalam.

Difahamkan hujan lebat yang berlaku di daerah Bentong menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Semantan di Kampung Batu Kapor di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Temerloh, Muhammad Ikram Haron berkata, mangsa mula dipindahkan pada pukul 7 petang selepas air menunjukkan trend menaik.

“Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Batu Kapor sebagai langkah berjaga-jaga selepas dicadangkan oleh Pegawai Daerah.

“Kawasan yang paling teruk dilanda banjir adalah pada paras pinggang iaitu di kawasan yang paling rendah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Muhammad Ikram, pihaknya masih terus melakukan pemantauan berterusan dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu.

Katanya, meskipun air menunjukkan trend menurun pagi ini kesemua mangsa masih tidak dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN