1,500 pelajar UMT bakal pulang beraya - Utusan Malaysia

1,500 pelajar UMT bakal pulang beraya

Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 1,500 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dijadualkan pulang ke rumah masing-masing sempena sambutan Aidilfitri bermula Jumaat ini hingga 12 Mei.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya berkata, daripada jumlah itu kira-kira 600 pelajar akan mengunakan perkhidmatan bas yang diuruskan universiti berkenaan.

“Manakala baki 900 pelajar lagi pulang dengan kenderaan sendiri di samping dijemput ahli keluarga di kampus.

“Bagi yang menaiki bas, segala maklumat tentang destinasi dan waktu perjalanan sudah dimaklumkan kepada mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hafiz meminta para pelajar yang pulang berhari raya agar mengisi maklumat dalam aplikasi My3K setibanya di rumah masing-masing di samping semasa mendaftar masuk semula ke kampus mulai 16 hingga 20 Mei.

Katanya, langkah itu penting bagi membolehkan pihak universiti membuat analisis risiko sekali gus mencegah penularan Covid-19.

“Semoga anak-anak selamat sampai ke destinasi mereka dan patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) serta nasihat kesihatan yang ditetapkan ketika berhari raya bersama keluarga,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.