15 penunggang motosikal maut pada Mac - Utusan Malaysia

15 penunggang motosikal maut pada Mac

HASAN BASRI Yahya (dua,kiri) ketika berada di lokasi kemalangan membabitkan lori syarikat kurier dengan sebuah lori tangki cecair nitrogen di kilometer 221.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, yang meragut nyawa seorang lelaki pada 26 Mac lalu. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumlah kemalangan jalan raya di negeri ini semakin membimbangkan apabila naik mendadak mencecah 51 peratus dalam tempoh sebulan dengan 15 kematian direkodkan pada Mac lalu. 

Perkara itu didedahkan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya yang memberitahu, pihaknya mengesan peningkatan ketara iaitu sebanyak 1,370 kes telah direkodkan.

Jelasnya, pada Februari, jabatannya hanya merekodkan sejumlah 907 kes kemalangan jalan raya dengan membabitkan lima kes maut. 

“Bagaimanapun pada Mac lalu, kes kemalangan jalan raya melonjak naik mencecah 1,370 kes dan meragut 15 nyawa. 

“Lapan daripada 15 kes maut adalah membabitkan membabitkan penunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, antara punca utama kemalangan tersebut berlaku adalah sikap tidak sabar pemandu dan mengekori kenderaan terlalu rapat. 

“Selain itu, sikap tidak peka semasa keluar dan masuk simpang serta memandu secara gopoh sehingga terbabas sendiri juga menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan raya di negeri ini. 

“Antara lokasi yang kerap berlaku kemalangan adalah di jalan negeri dan bandaran. Sebanyak 621 daripada 907 kes telah berlaku di kedua-dua kawasan tersebut pada Februari, manakala 1,012 kes direkodkan Mac lalu,”katanya. 

Tambahnya, pihaknya juga bimbang dengan angka bagi kategori kemalangan kerosakan yang meningkat daripada 875 pada Februari kepada 1,326 pada Mac.

“Jadi, menjelang perayaan Aidilfitri ini, pihak kami menasihatkan agar pengguna jalan raya sentiasa mengutamakan keselamatan diri. 

“Pandulah dengan cermat, sentiasa berhati-hati, bersabar dan pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum bergerak ke destinasi dituju,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya