Zuraida alukan jika Dr. M sokong PN - Utusan Malaysia

Zuraida alukan jika Dr. M sokong PN

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya amat mengalu-alukan sokongan Tun Mahathir kepada Perikatan Nasional (PN).”

Demikian reaksi ringkas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin terhadap desas-desus kerajaan PN kini cuba menarik sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau tidak mengetahui perkara tersebut kerana tidak terlibat dalam urusan berkenaan.

“Saya amat welcome (mengalukan) perkara ini. Sebab itulah cadangan saya dari dulu sampai sekarang,” katanya kepada pemberita menghadiri Sesi Bersama YB Datuk Zuraida dalam Program Srikandi Muda di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai ura-ura PN cuba memujuk Dr. Mahathir untuk menyokong kerajaan PN khususnya membantu kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah Dr. Mahathir pernah menyatakan kesediaan untuk menyertai PN sekiranya individu yang yang bergelar “penjenayah” tidak berada dalam gabungan parti tersebut.

Menerusi wawancara bersama sebuah portal berita, Ahli Parlimen Langkawi itu turut mengakui bahawa ada usaha yang dilakukan untuk membawanya menyertai gabungan PN.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata usaha itu gagal kerana beliau tidak boleh bekerjasama dengan beberapa ‘penjenayah’ yang menyokong kerajaan sekarang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya