Warga FSB UMK temukan batu kecubung bernilai tinggi - Utusan Malaysia

Warga FSB UMK temukan batu kecubung bernilai tinggi

UMK berjaya membuat penemuan ketulan amethyst atau batu kecubung bernilai tinggi dan batu gunung berapi di beberapa lokasi kawasan perlombongan di daerah ini baru-baru ini. -IHSAN UMK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya membuat penemuan ketulan amethyst atau batu kecubung bernilai tinggi dan batu gunung berapi di beberapa lokasi kawasan perlombongan di daerah ini baru-baru ini.

Kejayaan itu dilakarkan 48 penuntut Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK dan 36 mahasiswa jurusan Geologi dari beberapa universiti di Indonesia yang mengikuti Program International Geomapping Jeli (IGJ) 2021 di sekitar daerah ini.

Ketua Jabatan Geosains FSB, Dr. Wani Sofia Udin berkata, dalam program itu, peserta turut menemukan ketulan batuan kuartza dan dragfold iaitu kesan geologikal struktur pada batuan yang amat jarang ditemukan.

“Kita turut temui batuan jenis pyrite dan batu gunung berapi dan dengan penemuan berkenaan, pelajar dapat mengkaji morfologi dan mengemas kini peta geologi kawasan Jeli melalui aktiviti pemetaan yang dilakukan.

“Melalui kajian ini, ia memberi hasil penting kepada mahasiswa khususnya sebagai pendedahan terhadap pemetaan geologi serta bagaimana mengaplikasikan dalam kerja lapangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata lagi, mahasiswa diberi tugasan yang berkaitan subjek asas pemetaan untuk dipelajari dan hasil daripada ekspedisi kajian tentang batuan itu mereka berjaya menemukan beberapa mineral dan fosil terbaharu yang sukar ditemukan.

Program anjuran Jabatan Geosains, FSB dengan kerjasama Pusat Antarabangsa UMK itu menerima penyertaan Institut Teknologi Bandung, Universitas Jambi, Universitas Tadulako, Universitas Padjadjaran, Universitas Hasanuddin dan Universitas Gadjah Mada.

Menerusi program itu, peserta antarabangsa akan mengikuti kajian secara maya dengan penuntut UMK akan membuat panggilan video kepada mereka bagi menerangkan penemuan batuan hasil daripada kajian pemetaan di lapangan.

Para peserta ditempatkan di kawasan kajian Bukit Jeli, Bukit Salor, Kampung Lawar, Kampung Sungai Rual, Lata Chenai, Sungai Pergau, Sungai Renyok dan Sungai Tadah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya