Video tular tertidur dalam majlis, Eddin Syazlee mohon maaf - Utusan Malaysia

Video tular tertidur dalam majlis, Eddin Syazlee mohon maaf

Tangkap layar video yang tular memaparkan Eddin Syazlee tertidur akibat keletihan dalam satu majlis graduasi sebuah sekolah yang diadakan di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith memohon maaf susulan beliau tertidur dalam satu majlis graduasi dihadirinya dengan video kejadian tersebut tular sejak semalam.

Pegawai Tugas-tugas Khasnya, Farahiah Zubir berkata, ketika kejadian, Ahli Parlimen Kuala Pilah itu dalam keadaan terlalu keletihan dan kurang sihat.

“Datuk Eddin (Syazlee) telah memohon maaf kerana tertidur dalam acara tersebut. Beliau sebenarnya terlalu letih dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan, beliau gagahkan diri untuk hadir.

“Alhamdulilah pada majlis ini, Datuk telah meluluskan pemasangan pendingin hawa untuk Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana untuk membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Video tular berdurasi seminit itu memaparkan Eddin Syazlee tertidur ketika menghadiri Majlis Khatam al-Quran dan Graduasi Huffaz Kali ke-5 Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah di sebuah hotel, di sini.

Video berkenaan turut memaparkan dua individu yang berada di atas pentas cuba mengejutkan beliau namun gagal sebelum seorang lelaki iaitu pengawal peribadinya mengejutkannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.