UMNO minta Pas faham - Utusan Malaysia

UMNO minta Pas faham

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO meminta Pas agar memahami bahawa keputusan menamatkan hubungan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukannya keputusan peribadi tetapi dibuat secara kolektif dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru perkara yang telah diputuskan itu bukanlah boleh dibawa bincang semula di meja rundingan dengan sebegitu mudah kerana ia melibatkan suara akar umbi dan perwakilan UMNO.

“Saya berharap pihak yang berkeyakinan tinggi itu faham. Lagipun mereka juga perlu faham bahawa kerjasama Muafakat Nasional (MN) sudah dibentuk ketika orang Melayu dan Islam diinjak-injak semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Gabungan itu pada masa itu adalah tulen, jujur dan penuh semangat. Dan kerjasama berkenaan melibatkan antara tiga juta ahli bersama sejuta ahli. Bukannya kerjasama antara sejuta ahli dengan 500 orang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh bahawa Pas bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Nik Muhammad Zawawi dilapor berkata pihaknya boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik pertemuan yang boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh kedua-dua pihak terbabit.

Pada Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu, seluruh perwakilan UMNO sebulat suara bersetuju memberikan mandat kepada Presiden parti dan Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tempoh bagi menarik balik sokongan kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Keputusan itu dicapai selepas mendapat kata putus seluruh perwakilan dan ia merupakan penambahan daripada usul yang dikemukakan iaitu tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya