TNB siasat punca kebakaran kabel PPU Puncak Alam - Utusan Malaysia

TNB siasat punca kebakaran kabel PPU Puncak Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) sedang menyiasat punca kebakaran kabel di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Puncak Alam di sini yang berlaku pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 4.24 pagi itu mengakibatkan hampir 14,000 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik.

Antara kawasan yang terlibat adalah Taman Alam Suria, Bandar Puncak Alam, Taman Alam Sutera, Astana Alam 2, Bandar Hillpark, Kampung Bukit Hijau dan Pusat Komersil Eco Grandeur.

TNB dalam kenyataannya berkata, sejurus berlaku kejadian itu, pihaknya segera menggerakkan pasukan teknikal bagi memulihkan bekalan elektrik yang terganggu.

“Majoriti daripada 14,000 penggguna yang terlibat mendapat balik bekalan seawal pukul 6:29 pagi melalui suabalik sistem Grid.

“Bekalan elektrik diberikan secara berperingkat menerusi set janakuasa bergerak dengan pengguna terakhir menerima bekalan pada pukul 3:40 petang tadi,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut, punca kebakaran yang menyebabkan kehilangan beban sebanyak 12.15 megawatt (MW) itu masih disiasat.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.