'Tindakan periksa haid pelajar wanita tidak masuk akal' - Rina - Utusan Malaysia

‘Tindakan periksa haid pelajar wanita tidak masuk akal’ – Rina

RINA HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan pemeriksaan haid terhadap pelajar wanita di sebuah sekolah berasrama penuh disifatkan sebagai satu perbuatan tidak masuk akal.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya sangat terkejut dan memandang serius perkara tersebut.

Katanya, justeru itu pihaknya bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memastikan kejadian itu tidak berulang.

“Saya dah berhubung dengan Pengerusi Mara, Datuk Azizah Mohd. Dun dan beliau memaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan.

“Bagi kami, perkara ini tidak wajar dan malah juga tidak sepatutnya berlaku. Ini amat mengejutkan dan tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Srikandi Muda di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular di Twitter yang mendakwa pelajar di salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) diminta membuka pakaian dalam bagi menunjukkan yang mereka dalam haid semasa bulan Ramadan dan tidak boleh berpuasa.

Susulan laporan mengatakan sebuah sekolah melakukan ‘pemeriksaan datang bulan’ itu, Mara menggerakkan siasatan dalaman bagi meneliti dakwaan itu.

Rina menambah, sepanjang pengalamannya pemeriksaan seumpama itu tidak berlaku apatah lagi melibatkan di sekolah berasrama penuh.

“Saya merupakan bekas sekolah berasrama penuh wanita sekitar 1980-an, pemeriksaan ini tidak pernah berlaku. Jadi saya terkejut apa yang berlaku,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya