Tiada layanan istimewa kes majikan pukul pengawal peribadi - Utusan Malaysia

Tiada layanan istimewa kes majikan pukul pengawal peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

-PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan mana-mana pihak agar tidak memanipulasi tindakan suspek kes pukul pengawal keselamatan keselamatan yang memohon maaf ekoran tiada layanan istimewa diberikan terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dakwaan suspek utama diberi layanan istimewa sehingga dia boleh memohon maaf tidak timbul kerana insiden itu berlaku secara kebetulan.

Katanya, ketika itu suspek melintas di lobi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dibawa ke IPD Klang Selatan.

“Ada wartawan mengambil gambar suspek sementara menunggu kenderaan IPD Klang Selatan sampai ke pekarangan lobi dan sepintas lalu suspek bercakap begitu sahaja.

“Jadi, bukan suspek yang membuat sidang media. Malah wartawan juga tidak bertanya apa-apa soalan kepada suspek sebaliknya suspek dengan sendirinya memohon maaf dalam bahasa Cina dan dipetik oleh wartawan yang ada pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah Mohamad Zainal, pihaknya memohon pihak tertentu agar tidak mengambil kesempatan berhubung isu tersebut.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, lelaki berusia 43 tahun itu disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan suspek direman lima hari selepas tempoh reman tiga hari di IPD Dang Wangi tamat, kelmarin.

“Saya juga difahamkan polis memang dalam proses untuk menyita harta dan sebagainya. Bagaimanapun, siasatan setakat ini mendapati tiada penglibatan kongsi gelap terhadap suspek yang ditahan, namun siasatan masih dijalankan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya