Tak sempat berbuka bersama suami - Utusan Malaysia

Tak sempat berbuka bersama suami

ROSMAWATI Hussin, 41, menunjukkan gambar suaminya yang maut daalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 107, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kemaman hari ini. -NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Hasrat seorang isteri untuk berbuka puasa bersama suaminya tidak kesampaian apabila pasangannya maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 107, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, mangsa, Tengku Zawari Tengku Husin, 43, dari Kampung Limbong di Paka, Dungun maut di tempat kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dari Kertih ke Paka dikatakan tercampak kira-kira empat meter selepas melanggar bahagian belakang lori dari arah sama.

Isterinya, Rosmawati Hussin, 41, berkata, mereka berdua belum sempat berbuka bersama pada Ramadan kali ini berikutan kekangan kerja masing-masing.

Katanya, sebelum kejadian, suaminya keluar ke masjid untuk menunaikan solat Zuhur sebelum berehat di Pantai Kuala Kertih.

“Semasa suami berehat di pantai, kami sempat berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp dan merancang untuk berbuka bersama di sebuah restoran di Kertih.

“Hampir setengah jam dia tak membalas mesej saya dan tiba-tiba, saya menerima panggilan suami kemalangan,” katanya ketika ditemui.

Rosmawati berkata, mereka yang sudah 11 tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata sempat keluar bersama pagi tadi untuk membeli barangan dapur.

Katanya, dia terkilan kerana suami tidak sempat menikmati hidangan pulut mangga air tangannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang dari arah Kertih ke Paka mengubah haluan ke lorong kiri sebelum melanggar bahagian belakang lori berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut manakala manakala pemandu lori berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.