PETALING JAYA: Calon yang berusia lebih 65 tahun tidak boleh dihalang daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya disebabkan faktor usia. Selagi seseorang calon itu mempunyai pengaruh dan boleh menang, adalah wajar untuk mereka terus berbakti kepada rakyat di kawasan masing-masing. Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Azizi yang berusia 71 tahun berkata, perkara utama dalam politik adalah untuk memenangi kerusi sama ada di Parlimen dan…