Sabah, Sarawak kini setaraf Semenanjung - Utusan Malaysia

Sabah, Sarawak kini setaraf Semenanjung

JEFFREY (kanan) bersama Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib semasa sidang media di Kota Kinabalu, dekat sini semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penggunaan istilah wilayah Sabah dan Sarawak akan meletakkan kedudukan kedua-dua wilayah itu setaraf dengan Semenanjung Malaysia.

Istilah ini selaras dengan konteks penubuhan Malaysia yang menggabungkan tiga wilayah iaitu Semenanjung (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, pengiktirafan itu akan meletakkan kedudukan Sabah, Sarawak lebih tinggi berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

“Wilayah bukan sekadar satu istilah untuk membezakan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Kita bercakap tentang perkongsian sama taraf antara tiga entiti iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung,” katanya selepas majlis perasmian penutupan mesyuarat tahunan Jabatan Pertanian Sabah 2021, dekat sini semalam.

Pengumuman mengenai wilayah Sabah dan Sarawak itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan lawatan ke Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah itu berkata, istilah Wilayah Sabah dan Sarawak itu bagaimanapun tidak sama dengan Labuan kerana kedudukan Labuan lebih rendah. Penggunaan istilah ini melibatkan terjemahan berbeza kerana Wilayah Sabah dan Sarawak itu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kerajaan negeri masih menunggu kenyataan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri mengenai penggunaan istilah wilayah itu.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedang melaksana pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak. Langkah itu susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet sebelum itu.

Arahan itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri yang mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelum ini disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ dengan serta-merta.

Dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jelas menyatakan pembentukan Persekutuan Malaysia membabitkan gabungan antara persekutuan Tanah Melayu, wilayah-wilayah Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Kemudian Singapura keluar dari Malaysia pada Mei 1965.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya sempena Hari Malaysia 2018 turut menyatakan komitmen kerajaan untuk mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1963, selaras dengan prinsip dan semangat yang terkandung dalam MA63.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya