RM5.8 juta untuk infrastruktur di Segamat - Utusan Malaysia

RM5.8 juta untuk infrastruktur di Segamat

ZURAIDA Kamaruddin (kiri) melihat cadangan pembinaan dan menaik taraf infrastruktur di Segamat, Johor. - UTUSAN/FARAHWAHIDA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan RM5.8 juta bagi membaik pulih dan membina beberapa infrastruktur di daerah ini.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, peruntukan itu merupakan inisiatif melibatkan projek bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat dan kemudahan awam.

“Antara projek yang terlibat adalah menaik taraf Pasar Awam Jementah dan pembinaan Terminal Bas Jementah baharu dengan kos RM1 juta.

“Selain itu, peruntukan turut meliputi pembinaan Tapak Dataran Yayasan di Taman Yayasan di Buloh Kasap dan naik taraf Medan Taman Yayasan dengan kos RM1.3 juta, naik taraf Tapak Medan Selera Majlis Perbandaran Segamat (MPS) di Pekan Jabi juga Gerai Serbaneka Jalan Aji bandar Segamat RM1.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pasar Awam Jementah yang turut dihadiri Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar dan Pegawai Daerah Segamat, Nasri Md. Ali di sini hari ini.

Jelas Zuraida, peruntukan RM2 juta lagi adalah bagi cadangan pembinaan Pusat Rekreasi Awam di pesisir Sungai Segamat.

Katanya, pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih serta pembinaan kemudahan awam itu diharap dapat merancakkan industri perniagaan setelah terkesan dengan wabak Covid-19.

Sementara itu, beliau turut berkesempatan menyantuni peniaga dan orang awam ketika meninjau sekitar Taman Yayasan, Jalan Aji dan Pasar Awam Jementah yang turut merupakan salah satu daya tarikan orang awam dan pelancongan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya