fbpx

PPZ-MAIWP santuni 60 peniaga dan keluarga asnaf

ABDUL Hakim Amir Osman melawat bazar ramadan di pekarangan masjid pada Program Ziarah Ramadan PPZ-MAIWP, di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPONG: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dapat menyantuni 40 peniaga dan 20 keluarga asnaf dalam Program Ziarah Ramadan PPZ-MAIWP Siri Satu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, Ramadan adalah masanya untuk melakukan kebaikan kerana kemuliaannya.

“Ramadan adalah satu bulan yang mulia di mana Allah SWT menjanjikan gandaan pahala kepada mereka yang melakukan kebaikan.

“Di kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua masyarakat Islam untuk segera menunaikan zakat fitrah dan zakat harta bagi merebut pahala berganda menunaikan zakat di bulan Ramadan,” katanya dalam majlis yang berlangsung di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong hari ini.

Program itu dijalankan sebagai inisiatif PPZ-MAIWP dalam usaha kempen Ramadan organisasinya yang membawa tema ‘Syukuri Nikmat Bersama’.

Sumbangan yang disampaikan PPZ-MAIWP bersama AXA Affin General Insurans Bhd. adalah berupa tajaan 40 khemah untuk para peniaga asnaf.

Turut disampaikan sumbangan berupa wang tunai serta beras kepada 20 keluarga asnaf bagi membantu meringankan beban terutama dalam menyambut Ramadan dengan jumlah keseluruhan RM12,000. -UTUSAN ONLINE

×
×