PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang - Utusan Malaysia

PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa lokaliti berbeza di sekitar Sabah dan Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serentak selama 14 hari mulai esok antaranya ialah di Taman Villa Mas, daerah Tawau, Sabah susulan tujuh kes positif Covid-19 telah direkodkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan sejumlah 42 ujian saringan dilakukan Kementerian Kesihatan setakat ini dan peningkatan kes secara mendadak dalam seminggu selain terdapat 35 ujian saringan yang masih menunggu keputusan makmal.

Menurut beliau, turut dikenakan PKPD bagi tempoh sama ialah di di Pasar Sim-Sim dan Perumahan Sim-Sim, Mukim Berhala serta Kampung Sungai Obar, Batu 7, mukim Sentosa, daerah Sandakan.

Satu lagi lokaliti di Sabah dikenakan PKPD katanya ialah Kampung Melangkap Tomis, daerah Kota Belud untuk memudahkan saringan secara bersasar dan mengekang jangkitan.

Sementara itu jelasnya, empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang, turut dikenakan PKPD bagi tempoh serupa selepas sebanyak 234 ujian saringan dilakukan kementerian.

“Ia akan melibatkan kawasan Kampung Paya Pulai Tengah dan Kampung Pulau Terap serta Kampung Batu 4 dan Kampung Batu 5, Jalan Maran di Paya Pulai,” tambah beliau lagi.

Sementara itu ujarnya, empat lokaliti di bahagian Tawau, Sabah menyaksikan lanjutan PKPD antaranya ialah di Kampung Ranggu, Batu 10 dan Fasa 2, Taman Semarak, mukim Balung serta Kampung Baru Pasir Putih, mukim Sri Tanjung yang dilanjutkan sehingga 28 April.

Manakala PKPD di Kampung Simpang 3A, Merotai Besar yang dijadualkan tamat pada 15 April ini juga disambung selama tempoh dua minggu mulai 16 April sehingga 29 April ini.

Bagaimanapun, kata Ismail Sabri, dua lokaliti yang berasingan masing-masing di Perak dan Sabah pula akan ditamatkan PKPD seperti telah ditetapkan kerajaan pada 15 April ini melibatkan Kilang YTY dan Asrama Pekerja di Lekir, Daerah Sitiawan, Perak serta Kampung Rimbayan, Daerah Keningau, Sabah yang berakhir serentak pada lusa. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.