Pesan isteri bawa helmet bawa tuah menang motosikal - Utusan Malaysia

Pesan isteri bawa helmet bawa tuah menang motosikal

MOHD. Ali Hanapiah Jaamat (kiri) memegang replika hadiah motosikal Honda RS150 sambil disaksikan Sulaiman Md. Ali (dua dari kiri), Justin Lim dan Md. Abu Hanif Md. Abu Kashem di Stadium Hang Jebat, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Bang! Nak pergi stadium jangan lupa bawa helmet sekali, mana tahu dapat bawa balik hadiah motosikal.”

Itu pesan Normah Ahmad, 60, sebelum suaminya melangkah pergi ke Stadium Hang Jebat di sini, menyaksikan pertemuan antara Melaka United (MU) menentang Selangor semalam.

Kata-kata itu jelas membawa tuah apabila nama Mohd. Ali Hanapiah Jaamat, 60, dicabut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai pemenang pertandingan Jom Tengok Bola di Stadium untuk memenangi sebuah motosikal Honda RS150.

Hadiah disampaikan Sulaiman serta dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif KenTeam Sdn. Bhd., Datuk Seri Justin Lim.

Majlis tersebut dilakukan sewaktu rehat ketika MU mendahului Selangor 1-0 hasil sepakan penalti pemain import, Stefan Nikolic.

Bagaimanapun, MU tewas 2-3 kepada skuad Merah Kuning.

Mohd. Ali Hanapiah berkata, pesan isterinya itu terngiang-ngiang difikirannya sebaik sahaja namanya diumumkan oleh pengacara sebagai pemenang.

“Sewaktu saya nak pergi ke stadium, isteri saya pesan suruh bawa helmet secara berseloroh. Saya hanya tersenyum tetapi memang sudah rezeki saya untuk menang motosikal baru.

“Ini kali pertama saya menang hadiah motosikal sepanjang umur 60 tahun ini. Alhamdulillah rezeki saya di bulan Ramadan,” katanya yang berasal dari Telok Gong, Masjid Tanah.

Dia yang juga bekas pemain sepak takraw Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, semalam adalah kali pertama dirinya menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium bagi tahun ini.

Dalam majlis yang sama juga, berlangsung majlis pertukaran perjanjian penajaan antara Melaka FC Sdn. Bhd. (MUFC) dan penaja baharu, Hansal Holdings Sdn. Bhd. (Hansal).

Justin mewakili MUFC bertukar surat perjanjian bersama Ketua Pegawai Eksekutif Hansal, Datuk Seri Md. Abu Hanif Md. Abu Kashem yang disaksikan Ketua Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya