Perintah berkurung Esszone dilanjut 14 hari - Utusan Malaysia

Perintah berkurung Esszone dilanjut 14 hari

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjut selama 14 hari bermula Jumaat ini sehingga 30 April.

Perintah berkurung yang dikeluarkan sebelum ini sepatutnya tamat pada pukul 6 petang, Khamis (15 April).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, dengan lanjutan itu mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan antara pukul 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh tersebut.

Perintah yang meliputi perairan daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau itu dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas.

Menurutnya, ini khususnya yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan di sekitar Esszone.

Beliau berkata, perintah berkurung itu juga bertujuan menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dalam kawasan daratan Esszone.

“Berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hazani memberitahu, perintah berkurung itu dilaksanakan bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau kepada mereka yang mempunyai keperluan mendesak melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya