Pemimpin PBS sertai Star - Utusan Malaysia

Pemimpin PBS sertai Star

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS), Kapitan Stephen Teo dan beberapa ahli parti berpaling tadah dan menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (Star) di bawah pimpinan Presidennya, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Pengumuman itu hadir setelah Stephen Teo dan beberapa rakan dari Bahagian PBS Karambunai berjumpa dengan Jeffrey di ibu pejabat Star Sokid Villa bagi menyerahkan borang keahlian ke dalam parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

Stephen turut menerima watikah pelantikan dari Jeffrey sebagai Ketua Bahagian Penaja Star bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai.

Stephen beralasan tindakannya membelot PBS atas dasar beliau dan beberapa ahli parti sudah tidak lagi terjaga.

“Kami menyertai Star bagi meneruskan usaha membantu ahli-ahli di Karambunai yang selama ini pernah bersama kami dalam PBS.

“Saya meminta kepimpinan baharu Star di Karambunai agar menjejaki penduduk kampung-kampung yang selama ini bernaung di bawah kepimpinan mereka untuk melihat keadaan dan memastikan mereka tidak terpinggir dalam memperoleh bantuan kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Turut menyertai Stephen menyerahkan borang keahlian Star ialah mantan Naib Ketua Bahagian PBS Karambunai, Ponsius Solipat, mantan Setiausaha Bahagian PBS Karambunai WKAN Charles Arab dan mantan Ahli Jawatankuasa Bahagian John Kaltus Jintuil. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya