Pas teliti keperluan sebelum bawa isu hubungan MN ke Majlis Syura - Utusan Malaysia

Pas teliti keperluan sebelum bawa isu hubungan MN ke Majlis Syura

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pas akan meneliti keperluan dan melihat perkembangan semasa sebelum membawa isu mengenai hubungan dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) di dalam Majlis Syura untuk diputuskan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau akan meneliti perkembangan dan sejauh mana kerjasama tersebut boleh dipertahankan dan jika perlu akan dibawa untuk dibincangkan bagi mengkaji hubungan berkenaan.

Katanya, pada masa ini masih terlalu awal membuat sebarang ketetapan dan Pas masih berusaha membawa UMNO untuk bersama-sama dalam semangat penyatuan ummah.

“Kita seboleh-bolehnya mahu hubungan ini diteruskan (Pas dan UMNO) menerusi MN. Apa pun, kita tunggu, lihat perkembangan dan melihat keperluan jika perlu di bawa ke Majlis Syura,” katanya.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan akan meninggalkan MN kerana mendakwa ia sudah menyeleweng dari matlamat asas sebalik meminta semua parti menyertai Perikatan Nasional (PN).

Abdul Hadi dilaporkan berkata, jika mahu menyelamatkan negara semua kumpulan Islam mesti menyertai pakatan baharu, PN bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

Dalam kenyataan di Facebook, Abdul Hadi berkata, mereka juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.

“Pas menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional yang asal. Matlamat untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat.

“Pas menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini,” kata Abdul Hadi dalam kenyataan itu.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, kesepakatan Bersatu dan Pas bertambah kukuh selepas tiga hari UMNO mengumumkan menamatkan kerjasama dengan PN dalam PRU-15.

Dalam perkembangan terkini itu, Bersatu dan Pas yang merupakan antara parti pengasas PN bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan peringkat pusat bagi merangka strategi dan hala tuju gabungan tersebut menghadapi PRU-15 termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Mengulas lanjut Hashim berkata, Pas akan terus memperjuangkan matlamat penyatuan ummah.

“Kita percaya mungkin sekarang keruh, tidak lama lagi akan kembali jernih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya