Pas Kelantan pilih pendekatan lunak, lembut - Utusan Malaysia

Pas Kelantan pilih pendekatan lunak, lembut

PETANI Fertigasi Ladang Kontrak Fama, Mhd. Jasni Abdul Rahman (kiri) memberi penerangan kepada Che Abdullah Mat Nawi (kanan) di Tawang, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan memilih untuk terus mengambil pendekatan lebih lunak dan lembut dalam menangani krisis terbaharu melibatkan parti itu dan rakan sekutu, UMNO bagi memastikan Muafakat Nasional (MN) tidak terlerai.

Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihaknya akur setiap ketetapan dibuat Pas pusat dan setakat ini keputusan untuk memperteguh MN dan mempertahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih tidak berubah.

Sehubungan itu katanya, Pas Kelantan akan kekal istiqamah mengekalkan agenda perpaduan ummah biarpun berdepan tindak-tanduk UMNO agak keras kebelakangan ini, termasuk UMNO Kelantan sendiri.

“Sekarang ini keadaan kritikal bagi orang Melayu untuk elak Malaysia kembali ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan ia memerlukan kebijaksanaan seni politik yang tinggi sebelum kita bertindak.

“Sebab itu, di mana-mana sahaja timbul benda ‘panas’, semua pemimpin kita di setiap peringkat akan cuba ‘sejukkan’. Di Kelantan pula awal-awal lagi kita sebut UMNO ada hak buat keputusan, dan kita sebagai rakan perlu hormat,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ditemui selepas meninjau Projek Usahawan Ladang Kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Ladang Fertigasi Kampung Teluk Kemunting di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan parti itu akan meninggalkan MN kerana mendakwa ia sudah menyeleweng daripada matlamat asas dan meminta semua parti menyertai Perikatan Nasional (PN).

Abdul Hadi dilaporkan berkata, jika mahu menyelamatkan negara semua kumpulan Islam mesti menyertai PN bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

Che Abdullah berkata, selagi Pas pusat tidak mengumumkan ketetapan baharu, Pas Kelantan buat masa ini kekal dengan pendirian menganggap UMNO dan Bersatu sebagai dua rakan akrab yang perlu diperkukuhkan.

Jelas beliau, sekalipun didesak untuk menyatakan parti mana ‘rakit’ utama sebagai percaturan politik, Pas Kelantan tetap yakin gabungan parti Melayu UMNO, Pas dan Bersatu perlu bersama kerana itu gabungan paling direstui majoriti rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.