Parti politik dominan tidak sesuai dalam era baharu - Utusan Malaysia

Parti politik dominan tidak sesuai dalam era baharu

RAIS Yatim (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada P. Kandasamy. selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 PPKM cawangan Daerah Seremban di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Malaysia memerlukan ramuan politik yang menjurus kepada kepentingan ramai dalam era baharu dan bukan berkonsepkan dominan seperti sebelum ini.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, sekiranya ada parti politik yang bersifat dominan ia dilihat sebagai satu bentuk kekejaman dan boleh mengetepikan kepentingan ramai.

“Tidak perlu ada mana-mana parti yang bersifat dominan walaupun sesebuah parti itu mempunyai jumlah keahlian ramai.

“Ini pandangan saya setelah berkhidmat di bawah semua Perdana Menteri sejak pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang. Apabila sudah berkuasa selalu bersifat sombong, (jadi) semua perlu mencari ramuan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) cawangan Daerah Seremban di Seremban hari ini.

Yang hadir sama Yang Dipertua PPKM negeri, Datuk Ibrahim Che’ Mat dan Pengerusi PPKM Daerah Seremban, P. Kandasamy.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada mana-mana parti yang boleh mendakwa mereka parti yang paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkecilkan peranan parti-parti lain.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu berkata, dalam era politik baharu sekarang, semua parti mempunyai peranan dan sumbangan yang sama penting untuk menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara.

Mengulas lanjut, Rais berkata, ramuan politik baharu harus diterjemahkan kerana lazimnya pemimpin politik akan bersikap sombong apabila sudah lama berkuasa.

“Jangan duduk terlalu lama di tampuk kuasa, dua atau tiga penggal memadai dan bagi orang lain meneruskannya.

“Apa yang dituntut di bawah perlembagaan parti perlu diikuti dan dipatuhi sepenuhnya. UMNO misalnya, mempunyai prinsip Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, tapi bila sudah berkuasa ada yang lupa 3B ini dan buat apa disukai,” katanya.

Beliau yang juga veteran politik dalam berharap hubungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat diperbaiki semula. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya