Negara maju tamak jejaskan bekalan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Negara maju tamak jejaskan bekalan vaksin Covid-19

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sikap tamak negara maju menyebabkan negara membangun seperti Malaysia dan Australia menghadapi masalah bekalan vaksin bagi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, sikap terbabit menyebabkan rantaian bekalan vaksin di dunia menghadapi masalah dan cabaran.

Katanya, Malaysia dijadualkan menerima bekalan vaksin bermula Jun ini dan rundingan masing dijalankan biarpun rantaian bekalan dunia terjejas.

“Kita dapati sikap negara maju tamak apabila membeli dan menempah bekalan vaksin dengan kadar yang begitu besar iaitu setiap rakyat mereka dapat menerima lima kali dos.

“Sikap mereka itu menyebabkan negara membangun seperti Malaysia dan Australia turut terjejas hingga menghadapi masalah bekalan vaksin,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Khairy mengecam tindakan negara maju yang membolot vaksin secara tidak adil oleh negara maju itu seperti yang berlaku dalam filem Titanic.

“Apabila kapal Titanic sedang karam, golongan kaya di kelas pertama mempunyai bot keselamatan manakala negara miskin, yang kurang membangun pula, dibiarkan untuk lemas. Inilah apa yang sedang berlaku hari ini,” katanya.

Ia susulan Amnesty International dalam laporan tahunannya mengecam negara kaya yang hampir memonopoli bekalan vaksin Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.