Microsoft tingkat kemahiran 1 juta rakyat, pelaburan RM4 bilion - PM - Utusan Malaysia

Microsoft tingkat kemahiran 1 juta rakyat, pelaburan RM4 bilion – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh lima tahun.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebahagian daripada rancangan itu, Microsoft akan menubuhkan pusat data serantau pertama negara ini dengan menyediakan perkhidmatan awan yang boleh diyakini tahap keselamatan data dan privasi bertaraf dunia di samping keupayaan menyimpan data di dalam negara.

Beliau berkata, Microsoft turut mengumumkan untuk meningkatkan kemahiran satu juta rakyat negara ini pelbagai peringkat menjelang akhir 2023 dalam usaha membuka peluang ekonomi bagi individu dan perniagaan dalam era digital.

“Penubuhan pusat data serantau pertama di negara ini dijangka membantu membuka 19,000 peluang pekerjaan termasuk 4,000 pekerjaan berkaitan teknologi maklumat (IT) dalam kalangan pengguna perkhidmatan awan.

“Dalam usaha meningkatkan kemahiran rakyat, penyertaan sektor awam dan swasta untuk merapatkan jurang digital dan memperkasakan setiap rakyat Malaysia melalui penggunaan teknologi, ” katanya ketika berucap melancarkan inisiatif Microsoft Bersama Malaysia, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya