‘Master’ tipu ramalan nasib ditahan - Utusan Malaysia

‘Master’ tipu ramalan nasib ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memberkas seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan dalam urusan mendapatkan nombor ramalan bagi tujuan mengubah nasib yang dilakukannya kira-kira 10 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah semalam.

Katanya, kejadian berlaku pada 2011 apabila pengadu iaitu lelaki berusia 59 tahun melihat satu iklan mengenai perkhidmatan mendapatkan nombor ramalan bagi mengubah nasib.

“Pengadu menghubungi nombor yang tertera dalam iklan berkenaan dan berurusan dengan seorang lelaki dikenali Master. Dia kemudian diminta membuat bayaran RM127,120 ke dalam akaun milik lelaki itu bagi tujuan membeli peralatan sembahyang dan upacara ritual.

“Selepas bayaran dibuat, mangsa diminta ke alamat diberikan di Pengkalan Kubur, Kelantan. Namun apabila sampai, mangsa mendapati alamat berkenaan tidak wujud dan menyedari ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, siasatan lanjut mendapati suspek turut dikehendaki Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berhubung modus operandi yang sama.

“Orang ramai jangan mudah percaya dengan individu yang mengaku boleh membantu dan memberi nombor ramalan dalam usaha mengubah nasib seseorang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya