Marah teman lelaki dihalau, anak perempuan pukul ibu dengan batang penyapu - Utusan Malaysia

Marah teman lelaki dihalau, anak perempuan pukul ibu dengan batang penyapu

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang wanita berusia 24 tahun tergamak memukul ibunya dengan batang penyapu hanya kerana marah apabila ibunya itu menghalau teman lelakinya dari sebuah rumah di Pangsapuri Sri Bagan, di sini semalam.

Kejadian itu berlaku ketika wanita berusia 59 tahun tersebut berkunjung ke rumah anak bongsunya itu kira-kira pukul 10 pagi sebelum mendapati lelaki tersebut berada di dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika kejadian, wanita itu baru tiba seorang diri dari rumahnya di Bagan Dalam, dekat sini.

Sebaik sahaja tiba, katanya, wanita itu terkejut melihat kelibat lelaki di dalam rumah anak perempuannya dan menyuruh lelaki berkenaan beredar.

“Bagaimanapun, tindakannya itu tidak disenangi anak perempuannya yang mengamuk dan mengambil sebatang penyapu, lalu, memukul lengan kanan ibunya beberapa kali.

“Malah, anak perempuannya itu turut mengetuk kepala mangsa dengan telefon bimbitnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengadu berasa sakit pada tempat dipukul dan menjalani pemeriksaan di Hospital Kepala Batas di sini sebelum dibenarkan pulang.

Beliau berkata, anak kandung mangsa itu turut mengugut akan membunuhnya sekiranya wanita tersebut membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengesan suspek yang juga dipercayai penagih dadah tegar yang kini menghilangkan diri,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya