Liwat lima pelajar tahfiz: Hukuman penjara 228 tahun dikurangkan - Utusan Malaysia

Liwat lima pelajar tahfiz: Hukuman penjara 228 tahun dikurangkan

SEORANG warden dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat pengurangan bagi hukuman penjara atas kesalahan meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat pada April 2019, di Mahkamah Tinggi, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengurangkan hukuman penjara seorang warden asrama daripada 228 tahun kepada 50 tahun dan sebatan daripada 42 ke 20 kali atas kesalahan meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat, Arau pada April 2019.

Nawawi Anuar, 29, sebelum ini mengaku bersalah terhadap 26 pertuduhan iaitu didakwa meliwat lima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun di pusat tahfiz itu sepanjang April tahun tersebut.

Hakim Datuk Azmi Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 29 Mei 2019.

Berdasarkan hukuman di Mahkamah Sesyen sebelum ini, ada hukuman yang dijalankan serentak menjadikan hukuman penjara sebanyak 133 tahun.

Perayu memfailkan rayuan bagi mengurangkan hukuman pada 20 Februari tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, Norshuhada Mohd Yatim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Hapiz Rajali, NorHarniza Rusli, Nor Herdawati Harun, Siti Hajar Che Ahmad dan Zamri Ibrahim.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (KK), 377C KK, Seksyen 15(e) serta Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Zamri berkata, hujahan yang dibuat bagi mengurangkan hukuman penjara kerana kebanyakan hukuman dijatuhkan di Mahkamah Sesyen sebelum ini dijalankan adalah secara berasingan.

“Kebiasaannya hukuman yang dijatuhkan kepada tertuduh adalah dijalankan secara serentak. Itu ‘point’ yang kami hujahkan,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihak pembelaan dalam proses perbincangan sama ada mahu meneruskan proses rayuan hukuman yang dijatuhkan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Katanya, ini kerana kebanyakan hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Tinggi juga dijalankan secara berasingan serta mengambil kira usia manusia yang mungkin tidak dapat hidup begitu lama.

Tertuduh ditahan selepas seorang daripada guru pusat tahfiz berkenaan membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat pada 9 Mei 2019 mengenai kejadian terbabit.

Rentetan itu, seorang daripada mangsa yang berusia 15 tahun tampil membuat aduan pada 24 April 2019, mendakwa dia diliwat dan dipaksa melakukan amang seksual di bilik warden.

Mangsa mendakwa, suspek mengugut untuk memukulnya jika kejadian itu dilaporkan, namun, kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian mangsa akhirnya bertindak membuat aduan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya